Monday, June 13, 2011

JeLiK :: AYAT MACAM KELiN~

PETALING JAYA: Penulis skrip dan pembantu pengarah filem KL Gangster, Rizal Ashraff, 28, mengakui 80 peratus perjalanan cerita tersebut berkaitan kisah benar kehidupan gengster yang berlaku di ibu kota.
Filem ini bakal ditayangkan di 90 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.
Kisah benar itu memberikan suntikan realiti untuk menghidupkan dan lebih menyelami dunia sebenar gengster.
“Sebagai penulis skrip bersama Syamsul Yusof (pengarah), saya cuba memaparkan tentang seseorang yang terjebak dalam dunia hitam dan bagaimana cabaran yang dilalui sebagai gengster.
“Cerita ini bukan sahaja memberi pengajaran, malah menyampaikan tentang perkara yang mungkin orang luar tidak tahu tentang gengster,” ceritanya kepada mStar Online.
Tambahnya: “Saya mempunyai beberapa kenalan yang terlibat dengan dunia gengsterisme. Ada yang hidup senang dengan kegiatan yang dilakukan.
“Setelah dipenjarakan, mereka benar-benar insaf dan ingin ‘cuci tangan’. Tetapi setelah keluar dari penjara, mereka mengalami kesempitan hidup dan sukar mendapat kerja tetap.
“Ada juga yang menjadi mangsa apabila musuh berdendam dengan mereka sehingga menyebabkan mereka terpaksa kembali semula ke dunia hitam itu. Jadi, mereka terpaksa memilih sama ada melakukan kerja halal atau tidak.”
Sementara elemen drama dan kekeluargaan yang disuntik dalam filem itu merupakan rekaan semata-mata untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.
“Pengajaran yang cuba disampaikan adalah sekali kita masuk ke dunia hitam, dendam manusia tidak pernah tamat.
“Begitu juga dengan kisah adik-beradik yang sanggup bergaduh kerana duit,” katanya yang merupakan sepupu kepada Syamsul.
Selain bekerja di belakang tabir, Rizal turut berlakon drama Awan Dania serta filem Evolusi KL Drift dan Evolusi KL Drift 2.




Kata Saya::
bila populariti dah tahap tinggi menggapai, apa dia cakap semua betul...

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011 Membuka Tirainya...

Assalamualaikum dan salam muhibah.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua warga blogger dan rakan-rakan yang mengenali atau melawat blog ini.

Alhamdulillah, setelah hampir dua tahun saya menyepi dan kini ingin terus menulis blog yang mungkin akan memberikan sedikit info berkaitan dunia atau realiti masyarakat di Malaysia khususnya.

Tiada hak atau kebenaran untuk membuka isu atau mencari salah tetapi ingin membuka mata semua pihak tentang beberapa perkara yang mungkin kta terlepas pandang sebelum ini. Diharapkan supaya anda terus menyokong dengan kehadiran blog ini yang akan sedikit sebanyak membuka ruang minda anda.

Segala risiko yang diambil adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat kita dan membantu negara Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur dan aman sentosa. Oleh itu, sebarang rujukan atau persoalan boleh diajukan di sini dan kita sama-sama mencari jawapan kepada setiap persoalan.

Terima kasih daun keladi...
Yang Menulis,

Haji Mohd Nor Izzat bin Haji Mohd Johari
1 Januari 2011