Monday, June 13, 2011

JeLiK :: AYAT MACAM KELiN~

PETALING JAYA: Penulis skrip dan pembantu pengarah filem KL Gangster, Rizal Ashraff, 28, mengakui 80 peratus perjalanan cerita tersebut berkaitan kisah benar kehidupan gengster yang berlaku di ibu kota.
Filem ini bakal ditayangkan di 90 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.
Kisah benar itu memberikan suntikan realiti untuk menghidupkan dan lebih menyelami dunia sebenar gengster.
“Sebagai penulis skrip bersama Syamsul Yusof (pengarah), saya cuba memaparkan tentang seseorang yang terjebak dalam dunia hitam dan bagaimana cabaran yang dilalui sebagai gengster.
“Cerita ini bukan sahaja memberi pengajaran, malah menyampaikan tentang perkara yang mungkin orang luar tidak tahu tentang gengster,” ceritanya kepada mStar Online.
Tambahnya: “Saya mempunyai beberapa kenalan yang terlibat dengan dunia gengsterisme. Ada yang hidup senang dengan kegiatan yang dilakukan.
“Setelah dipenjarakan, mereka benar-benar insaf dan ingin ‘cuci tangan’. Tetapi setelah keluar dari penjara, mereka mengalami kesempitan hidup dan sukar mendapat kerja tetap.
“Ada juga yang menjadi mangsa apabila musuh berdendam dengan mereka sehingga menyebabkan mereka terpaksa kembali semula ke dunia hitam itu. Jadi, mereka terpaksa memilih sama ada melakukan kerja halal atau tidak.”
Sementara elemen drama dan kekeluargaan yang disuntik dalam filem itu merupakan rekaan semata-mata untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.
“Pengajaran yang cuba disampaikan adalah sekali kita masuk ke dunia hitam, dendam manusia tidak pernah tamat.
“Begitu juga dengan kisah adik-beradik yang sanggup bergaduh kerana duit,” katanya yang merupakan sepupu kepada Syamsul.
Selain bekerja di belakang tabir, Rizal turut berlakon drama Awan Dania serta filem Evolusi KL Drift dan Evolusi KL Drift 2.




Kata Saya::
bila populariti dah tahap tinggi menggapai, apa dia cakap semua betul...