Sunday, June 27, 2010

iNfO :: Mat Rempit dikalangan ibu dan bapa sendiri !!!

Pemakaian helmet adalah WAJIB jika anda menunggang dan membonceng motosikal. Terkecuali bagi yang memakai serban dan lilit kepala (sikh) akan tetapi, daripada tinjauan saya sendiri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang, pemakaian helmet ketika menghantar anak-anak ke sekolah adalah TERUK. Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ketika di pagi hari lansung tidak menghiraukan anak-anak mereka tidak memakai helmet duduk di belakang.

Salah siapa dan siapa patut dipersalahkan kerana anak-anak mereka itu akan membesar dan MAT REMPIT yang ada sekarang ini juga mempunyai ibubapa. Apa yang pasti, saya tertarik untuk membuka isu ini kerana masyarakat sekarang suka menuding jari atau menyalahkan satu pihak sahaja. Saya juga ingin berkongsi apa yang terlintas dalam hati saya ketika saya bersiar-siar atau melalui jalanraya ketika sesi persekolahan di pagi hari.

Anda pula bagaimana?
Nantikan isu ini dirungkai lebih mendalam....

Friday, June 25, 2010

Ucapan :: Kembali memasuki semester...

Selamat kembali meneruskan semester baru kepada semua rakan-rakan diseluruh Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meneruskan sesi pembelajaran kalian. Semoga kita semua terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Kepada rakan-rakan yang sudah bekerja, berikan khidmat yang terbaik semoga kerja yang anda lakukan lebih baik daripada sebelum ini. Senyum selalu walau hadapi masalah dan ada ketika, cari masa untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan lain. Teringat semasa sekolah dahulu, pertama kali pergi ke Melaka. Saya menaiki kuda kecil yang hensem. Saya juga tidak sangka semasa gambar ini diambil, saya telah menunjukkan aksi 1 dijari saya. Adakah ia kebetulan atau itulah diri saya yang sentiasa mencari identiti tersendiri.

iNfO :: KAPAL ISRAEL MASUK MALAYSIA

Ketika rakyat Malaysia sedang ber'KOKOK' menentang Dajal Israel, rupa-rupanya Malaysia telah membenarkan kapal-kapal dagang Dajal Israel berlabuh di perlabuhan Malaysia. Mungkin ramai tidak menyedari perkara ini kerana kerajaan Malaysia mengaburi mata rakyat dengan kes judi bola sepak Piala Dunia yang sedang berlansung.

Menurut sumber, Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Dajal Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan. Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Dajal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti. Ini jelas, masing-masing mula menuding jari antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab dengan pelepasan ini.

-sumber daripada Utusan Malaysia

Info ::

Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.

Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.

Wednesday, June 23, 2010

Ucapan :: Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pertama kalinya, saya ingin bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah saya membuka blog baru yang diberi nama Kelisakura. Oleh kerana blog terdahulu lebih menjurus ke arah peribadi, saya telah mengambil inisiatif untuk membuka blog yang lebih baik daripada sebelumnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya di seluruh Malaysia yang terus menyokong di awal pembabitan saya di dalam dunia blog. Kini, saya berharap agar blog ini memberikan manafaat kepada semua rakan-rakan dan seluruh Malaysia.

Saya juga ingin berkongsi sedikit sebanyak kepada pelayar blog saya ini dengan sesuatu yang lebih realiti dan menarik yang berlaku di sekitar kita. Jadi, nantikan pembaharuan yang akan saya berikan kepada semua pelayar blog ini.


Yang Benar,

Mohd Nor Izzat bin Mohd Johari