Friday, December 31, 2010

Hari akhir tahun 2010...

Salam Muhibah,

Kepada semua rakan-rakan blogger, saya mengucapkan selamat meninggalkan tahun 2010. Azam atau cita-cita?Mungkin azam akan baru dan mungkin masih sukar untuk mencapai azam tahun lalu. Apapun, saya ucapkan selamat meninggalkan tahun 2010.


Hj. Mohd Nor Izzat bin Hj. Mohd Johari
Presiden Kelisakura Production House

Tuesday, November 30, 2010

Sudah lama macam ini kan...kan...?

 
Apa yang boleh dikaitkan gambar ini dengan masyarakat kita sekarang...?

Salam Muhibah buat blogger...

Setelah hampir tiga tahun saya telah mengenali tentang blog, saya masih ingat ketika ramai orang yang ingin belajar dengan saya bagaimana ingin membuat blog sendiri.

Mungkin ketika itu, saya adalah antara blogger yang aktif dan konsisten dengan menyediakan pelbagai cerita menarik untuk dikongsi. Beberapa orang rakan saya di UPSI telah mempelajari bagaimana menghasilkan blog dan kini mereka telah menerima duit tambahan daripada blog mereka sendiri. Saya gembira dengan kemajuan yang mereka kecapi sekarang.

Menulis blog bukan sekadar menulis tentang diri sendiri malah kita lebih berkongsi pendapat dan pengalaman dengan rakan-rakan blog. Tetapi kini, laman sosial yang makin menguasai pengguna internet telah menyebabkan blog semakin dilupakan.

Sunday, August 1, 2010

iNfO :: Pelajar IPT boleh berpolitik...?

Adakah ini dikatakan terdesak atau tidak cukup undi untuk PRK 13 kelak? Dalam kampus yang sedang saya diami, saya suka untuk mengatakan bahawa, SUDAH LAMA pelajar IPT berpolitik !!!

Mungkin ayat lebih kasar atau 'pekat' adalah BUTA...Kerana, sudah lama pelajar IPT berpolitik cuma ingin melibatkan pelajar berpolitik di luar kampus pula? Politik kampus pun masih tidak terurus, masih ada hati ingin berpolitik diluar?

Sudut Speaker Corner di kampus, masih tidak berjalan, betul?

Saya terasa ingin menyatakan sesuatu, sedikit masa lagi dengan menggunakan sudut yang telah disediakan. Bukan untuk berpolitik tetapi untuk memberi 'info' kepada rakan-rakan seperjuangan tentang kewujudan sudut ini, InsyaAllah...

Monday, July 5, 2010

iNfO :: Kenapa ARTIS MALAYSIA tidak layak jadi idola !!! Vol.2

Tempoh hari saya ada menyingkap, kenapa artis tidak layak menjadi idola dan sedikit contoh mungkin dapat diberikan kepada semua pembaca kerana saya pasti, anda semua tahu tentang artis-artis yang akan saya kaitkan. Mungkin ramai yang mengenali artis berbaju merah jambu ini. Penuh kontroversi dan gosip-gosip liar. Maaf saya ingin katakan di sini, pada awal pembabitan beliau, ramai yang tidak kenal dan mungkin dikatakan artis 'kolot' kerana kesopanan dan keayuannya TETAPI sekarang, semuanya seperti hipokrit.

Apa yang ingin saya rungkaikan adalah bukan cerita artis ini tetapi adalah imej yang dibawa adalah luar norma kehidupan masyarakat MELAYU ISLAM di Malaysia. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh hidup dengan berkeadaan begini dan lebih menyedihkan, mengaku ISLAM sedangkan beliau memakai pakaian yang hampir dikategorikan SEPARUH BOGEL. Adakah ini yang dikatakan ARTIS MALAYSIA boleh dijadikan IDOLA masyarakat Malaysia?? Mungkin kerana imejnya saya ingin 'menghukum' beliau.

Tidak sama sekali kerana apa yang ingin saya ketengahkan adalah ciri-ciri seorang IDOLA masyarakat Malaysia. Bayangkan jika remaja kita berpakaian begini dan jalan seorang diri, kes ROGOL akan meningkat dan BUANG BAYI akan terus menjadi TREND masyarakat kita. Adakah ini yang dikatakan idola?? Tepuk dada, tanya selera...

Saya akan merungkai lagi isu ini...

Sunday, July 4, 2010

iNfO :: UPSI ada 'penyampai' maklumat persendirian???

Sejak PRK pada tahun 2008, sebuah blog telah dibuka oleh individu yang tidak dikenali. Disebabkan beberapa kes yang agak bercelaru, beberapa blog telah dibuka oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan sedikit sebanyak telah merosakkan PRK UPSI dulu.

Saya adalah seorang yang tidak melibatkan diri dengan mana-mana 'puak' politik dalam kampus UPSI ini sendiri kerana saya telah diperguna semasa PRK 2007 oleh 'senior' saya yang ingin bertanding. Beliau telah menggunakan saya untuk menghimpunkan rakan-rakan padahal ketika itu, tiada sesiapa calon-calon bertanding boleh membuat perhimpunan untuk berkempen. Jadi, saya secara tidak lansung telah menipu juga rakan-rakan saya ketika itu. Menyedari sesuatu perkara yang tidak betul ini, saya telah mula tidak percaya POLITIK.

Inilah bermulanya detik saya menjadi tidak percaya dengan politik kampus di UPSI. Ada pepatah menyebut, 'bukan semuanya baik dan bukan semuanya buruk'. Ini adalah hak peribadi masing-masing untuk menerima samada untuk berpolitik secara baik atau tidak baik.

Nantikan beberapa pendedahan berkaitan PRK UPSI...

Thursday, July 1, 2010

iNfO :: Kenapa ARTIS MALAYSIA tidak layak jadi idola !!!

Kebanyakkan masa kini, ramai ibubapa tidak mengambil endah dengan perilaku anak-anak mereka yang semakin soSIAL. Kenapa saya ingin mengaitkannya dengan artis Malaysia yang pernah digembar-gemburkan menjadi IDOLA kepada remaja Malaysia? Menjadi satu isu yang kecil dan tidak diendahkan oleh golongan profesional kerana hiburan adalah sumber pendapatan media-media tempatan di negara ini.

Kebanyakkan ibubapa lebih gemar membiarkan anak-anak remaja mereka meminati artis-artis dengan memberi peluang kepada mereka untuk menggayakan pakaian ala-ala artis. Mungkin tidak menyedari bahawa TIDAK KESEMUA artis di Malaysia ini layak untuk dijadikan IDOLA. Saya suka untuk rungkaikan beberapa persepsi masyarakat kerana saya sendiri yang hidup dalam kalangan masyarakat yang pelbagai ragam. Pernah saya bersama masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang dan corak hidup. Jadi, saya telah membuat pemerhatian sendiri dan mempelajari beberapa keadaan yang mungkin masyarakat tahu TETAPI buat-buat tidak tahu dengan isu ini.

Idola adalah ikutan, contoh baik atau inspirasi individu kepada sesiapa sahaja. Lebih kepada perkara yag boleh dijadikan contoh yang baik. Bagi saya, saya telah mengkategorikan beberapa idola peribadi saya sendiri. Jadi, anda bagaimana?

Sunday, June 27, 2010

iNfO :: Mat Rempit dikalangan ibu dan bapa sendiri !!!

Pemakaian helmet adalah WAJIB jika anda menunggang dan membonceng motosikal. Terkecuali bagi yang memakai serban dan lilit kepala (sikh) akan tetapi, daripada tinjauan saya sendiri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang, pemakaian helmet ketika menghantar anak-anak ke sekolah adalah TERUK. Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ketika di pagi hari lansung tidak menghiraukan anak-anak mereka tidak memakai helmet duduk di belakang.

Salah siapa dan siapa patut dipersalahkan kerana anak-anak mereka itu akan membesar dan MAT REMPIT yang ada sekarang ini juga mempunyai ibubapa. Apa yang pasti, saya tertarik untuk membuka isu ini kerana masyarakat sekarang suka menuding jari atau menyalahkan satu pihak sahaja. Saya juga ingin berkongsi apa yang terlintas dalam hati saya ketika saya bersiar-siar atau melalui jalanraya ketika sesi persekolahan di pagi hari.

Anda pula bagaimana?
Nantikan isu ini dirungkai lebih mendalam....

Friday, June 25, 2010

Ucapan :: Kembali memasuki semester...

Selamat kembali meneruskan semester baru kepada semua rakan-rakan diseluruh Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meneruskan sesi pembelajaran kalian. Semoga kita semua terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Kepada rakan-rakan yang sudah bekerja, berikan khidmat yang terbaik semoga kerja yang anda lakukan lebih baik daripada sebelum ini. Senyum selalu walau hadapi masalah dan ada ketika, cari masa untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan lain. Teringat semasa sekolah dahulu, pertama kali pergi ke Melaka. Saya menaiki kuda kecil yang hensem. Saya juga tidak sangka semasa gambar ini diambil, saya telah menunjukkan aksi 1 dijari saya. Adakah ia kebetulan atau itulah diri saya yang sentiasa mencari identiti tersendiri.

iNfO :: KAPAL ISRAEL MASUK MALAYSIA

Ketika rakyat Malaysia sedang ber'KOKOK' menentang Dajal Israel, rupa-rupanya Malaysia telah membenarkan kapal-kapal dagang Dajal Israel berlabuh di perlabuhan Malaysia. Mungkin ramai tidak menyedari perkara ini kerana kerajaan Malaysia mengaburi mata rakyat dengan kes judi bola sepak Piala Dunia yang sedang berlansung.

Menurut sumber, Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Dajal Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan. Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Dajal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti. Ini jelas, masing-masing mula menuding jari antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab dengan pelepasan ini.

-sumber daripada Utusan Malaysia

Info ::

Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.

Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.

Wednesday, June 23, 2010

Ucapan :: Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pertama kalinya, saya ingin bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah saya membuka blog baru yang diberi nama Kelisakura. Oleh kerana blog terdahulu lebih menjurus ke arah peribadi, saya telah mengambil inisiatif untuk membuka blog yang lebih baik daripada sebelumnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya di seluruh Malaysia yang terus menyokong di awal pembabitan saya di dalam dunia blog. Kini, saya berharap agar blog ini memberikan manafaat kepada semua rakan-rakan dan seluruh Malaysia.

Saya juga ingin berkongsi sedikit sebanyak kepada pelayar blog saya ini dengan sesuatu yang lebih realiti dan menarik yang berlaku di sekitar kita. Jadi, nantikan pembaharuan yang akan saya berikan kepada semua pelayar blog ini.


Yang Benar,

Mohd Nor Izzat bin Mohd Johari